top of page

Banding Trail Adventure 2025

Source: BERNAMA 20 Julai 2025


Lebih 500 spesies biodiversiti dijumpai menerusi Banding Trail Adventure 2025 (BTA 2025). Sebanyak 519 spesies biodiversiti termasuk flora, fauna dan kulat ditemukan di sekitar Pulau Banding di Gerik menerusi program BTA 2025 ini, sekali gus menyumbang kepada pangkalan data biodiversiti negara. Pangkalan data ini juga merupakan hasrat pemegang taruh seperti Pulau Banding Foundation, UMK-TRaCe dan lain-lain agensi terlibat untuk menyiapkan pengkatalogan atau cataloging.


BTA 2025 turut mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai "Bilangan Spesies Biodiversiti Terbanyak Dikenal Pasti Dalam Sesuatu Program" pada majlis penutup yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hajah Fazwinna binti Tan Sri Datuk (Dr) Haji Mustapha Kamal, Pengerusi Kumpulan EMKAY pada 20 Julai 2025 di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Perak.


ree
ree

Yayasan EMKAY yang juga merupakan salah satu rakan kolaborasi program ini telah turut menjemput Pasukan Tarian Seni Warisan Banun Orang Asli, SK RPS Banun, Gerik, Perak bagi memeriahkan majlis penutup melalui dua tarian bertajuk "Selama Tibak" dan "Oi Tak".


6.png

Level 20, Tower A, Menara Mustapha Kamal,

PJ Trade Centre, No. 8 Jalan PJU 8/8A,

Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.  

        yayasanemkay[@]gmail.com

        +603 7722 3830

  • Black Facebook Icon
  • X
  • Black Instagram Icon
  • Youtube

@yayasanemkay

bottom of page