Yayasan Emkay

Together we care ...

You are here: Home \ Printing
04
Oct2010

Di atas kesedaran akan keperitan dan kepayahan yang dilalui oleh penduduk Gaza, Yayasan EMKAY telah menghulurkan sumbangan, sebagai menyokong usaha pihak Media Prima Berhad untuk menghasilkan program “Bersamamu Bebaskan Bumi Gaza”.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:54
04
Oct2010

Sebanyak 33 set Al-Quran Braille yang ditaja penerbitannya oleh Yayasan EMKAY telah diserahkan kepada para pelatih Pusat Latihan Brickfields pada 1 Oktober 2010 yang lalu. Projek menghasilkan Al-Quran Braille ini telah diterajui oleh Encik Mah Hassan bin Omar, Presiden Persatuan Braille Malaysia demi untuk memberi kemudahan kepada mereka yang cacat penglihatan.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:48
04
Oct2010

Sebagai sebahagian daripada program pembelajaran bagi para pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah rendah di Kampong Selamat, satu program khas bertemakan kerjaya telah dianjurkan pada 2 Oktober 2010.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:41
04
Oct2010

Tarikh 23 hingga 25 Julai 2010 telah melakar sejarahnya sendiri bagi kanak-kanak dari Kampung Sungai Tiang di Hutan DiRaja Belum dan Kampung Semelor, di Temengor. Buat pertama kalinya seramai 26 orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah berpisah dengan keluarga dan diberi peluang untuk menghadiri kem pendidikan “Look and Learn” anjuran Yayasan EMKAY di Taiping Golf and Country Club.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:47
19
Jan2010

Tarikh 23 hingga 25 Julai 2010 telah melakar sejarahnya sendiri bagi kanak-kanak dari Kampung Sungai Tiang di Hutan DiRaja Belum dan Kampung Semelor, di Temengor. Buat pertama kalinya seramai 26 orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah berpisah dengan keluarga dan diberi peluang untuk menghadiri kem pendidikan “Look and Learn” anjuran Yayasan EMKAY di Taiping Golf and Country Club.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 17:39
04
Oct2010

Selaras dengan hasrat untuk membantu ahli-ahli masyarakat yang hidup di dalam keadaan kemiskinan tegar, Yayasan EMKAY telah mengambil bahagian di dalam program “House Build 2010” sempena Hari Habitat Sedunia. Di antara lain, program ini memberi pilihan kepada organisasi dan individu untuk memberi sumbangan bagi memperbaiki dan membaikpulih rumah-rumah golongan berpendapat rendah di luar bandar.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 17:41
04
Oct2010

Pada 18 Julai 2010, Yayasan EMKAY yang diwakili oleh seramai lebih kurang 50 orang sukarelawan dari kalangan kakitangan Kumpulan M K Land telah menganjurkan Hari Meraikan Warga Emas di Pusat Jagaan Warga EMAS, Cheras dengan hasrat untuk meluangkan masa dan menghiburkan serta mengiratkan silaturrahim di antara warga emas dan generasi muda.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:54
04
Oct2010

Pada 25 September 2010, Kg Sungai Tiang, sebuah perkampungan Orang Asli yang terletak lebih kurang 60 km atau satu jam perjalanan dengan bot dari Pulau Banding, telah menerima kehadiran 45 orang sukarelawan Yayasan EMKAY bagi tujuan gotong royong membersihkan kawasan kampung ini.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:48
04
Oct2010

Penduduk Kg Sg Tiang telah menerima satu lagi kemudahan sumbangan Yayasan EMKAY, kali ini berbentuk bangunan dewan serbaguna sebagai pusat untuk menjalankan kegiatan kemasyarakatan. Bangunan dewan yang mengambil masa tiga bulan untuk dibina tersebut, telah dilengkapkan pembinaannya pada akhir bulan Julai 2010.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:55
04
Oct2010

Pada 29 Julai 2010 sekumpulan 45 orang pelajar jurusan perniagaan dan pemasaran dari Universiti Monash beserta dengan tiga orang pensyarah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Banding. Lawatan ini adalah diadakan dengan usahasama pihak Yayasan EMKAY dan Pulau Banding Rainforest Research Centre.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:47

Who We Are

YAYASAN EMKAY was established on 12th of January 2001 by its founders, YBhg. Tan Sri Datuk (Dr.) Haji Mustapha Kamal Bin Haji Abu Bakar and his wife, YBhg. Puan Sri Datin Hajjah Wan Nong Binti Haji Wan Ibrahim, as a means for continuing their philanthropic work to help people in need, especially ... Read more

 

Our LHDN Tax Exemption Number

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Contact Us

  • Yayasan EMKAY
    Level 11, Tower 1,
    Mercu Mustapha Kamal,
    No 1 Jalan PJU 8/1,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : +603 7710 7066
  • Fax : +603 7710 5066