Yayasan Emkay

Together we care ...

You are here: Home \ Printing
26
Oct2015

Program Khidmat Siswa dan Jelajah i-play Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia ke Belum-Temengor, Hulu Perak telah berlangsung pada 19 hingga 21 Oktober 2015. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) ini telah melibatkan seramai 40 orang guru pelatih yang terdiri daripada siswa pendidik peribumi dan 12 orang pensyarah pengiring yang diketuai oleh Tn Hj Mohd Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah IPGKTAA.

28
Jan2016

Yayasan EMKAY, sebuah badan bukan berasaskan keuntungan bergerak aktif menjalankan program pembangunan kemasyarakatan dengan kerjasama dan sokongan dari Sukarelawan. Mereka yang menjalankan aktiviti sukarela tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan berbentuk fizikal telah dapat memberi manfaat kepada golongan dan kumpulan sasaran terutama komuniti Orang Asli di kawasan Belum-Temengor, Gerik, Perak.

18
Apr2016

Bersempena dengan ulang tahun ke-70 Radio Televisyen Malaysia (RTM), ASYIKfm dan PUSPANITA RTM dengan kerjasama Yayasan EMKAY dan Jabatan Tenaga Kerja Perak telah menganjurkan Projek Peribumi 2016 di Kampung Semelor, Gerik, Perak pada 15 hingga 17 April 2016.

15
Feb2016

30 orang Ahli Pandu Puteri dan 4 Pemimpin Pandu Puteri dari empat (4) cawangan iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Melaka telah menyertai Kem Green Ranger Malaysia di Bukit Merah Laketown Resort & Belum Adventure Camp, Pulau Banding Perak pada 11 hingga 13 Februari 2016. Selain daripada menjalani modul-modul GRM, kem ini juga bertujuan untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk mendapatkan lencana-lencana di dalam sektor alam sekitar dan isu-isu 'hijau'.

12
Sep2015

Perpustakaan Permainan i-play (PPip) di Kg Desa Damai kini berwajah baru. Jika sebelum ini aktiviti pembelajaran dijalankan di salah satu ruangan dalam Surau Desa Damai milik JAKOA, kini, anak-anak Kg Desa Damai dapat belajar di dalam keadaan yang lebih selesa di bangunan sendiri. Projek pembinaan yang hanya mengambil masa kurang dari sebulan ini telah disiapkan, dibersihkan dan dimuatkan dengan peralatan PPip pada 12hb September 2015 yang lalu.

02
Jun2016

Pada 5hb Mac 2016 dan 1hb Jun 2016, Masjid Alor Madi, Alor Setar, Kedah dan Surau Perdana, Damansara Perdana, Selangor masing-masing telah menerima satu unit van jenazah sumbangan Yayasan EMKAY. Van model Kingo XMQ6552 ini akan digunakan untuk menguruskan jenazah bagi kawasan kariah masing-masing serta kawasan-kawasan berhampiran.

02
May2016

Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, mempromosikan integrasi kaum dan menyumbang ke arah pembangunan dan pencapaian akademik para pelajar adalah di antara objektif-objektif utama penganjuran Pertandingan Liga Bola Sepak Tan Sri Datuk (Dr.) Hj Mustapha Kamal bawah 12 tahun.

01
Apr2013

Berdasarkan kepada pembabitannya di dalam program-program pembangunan masyarakat Orang Asli di kawasan Belum Temengor, Gerik, Perak dan Desa Temuan, Petaling Jaya, Selangor, Yayasan EMKAY telah dijemput oleh Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia untuk bekerjasama di dalam program ini.

21
Mar2013

Melihatkan kepada potensi Hutan Belum-Temengor, Pulau Banding Foundation dengan kerjasama Yayasan EMKAY telah menganjurkan Ekspedisi Saintifik Hutan Temengor Kali Kedua pada 1 hingga 10 Oktober 2012 yang lalu. Ekspedisi kali pertama yang pernah dilakukan di Hutan Temengor ialah pada tahun 1993 – 1994 oleh Malaysian Nature Society di sekitar kawasan Sungai Halong.

21
Mar2013

Dengan bertambahnya bilangan kedatangan pelancong ke sini, Pulau Banding Foundation dengan kerjasama Yayasan EMKAY telah menganjurkan Kursus Bantuan Awal Kecemasan Di Hutan dari 27 – 30 Ogos 2012 bertempat di Belum Rainforest Resort.

Last modified on Thursday, 21 March 2013 11:31

Who We Are

YAYASAN EMKAY was established on 12th of January 2001 by its founders, YBhg. Tan Sri Datuk (Dr.) Haji Mustapha Kamal Bin Haji Abu Bakar and his wife, YBhg. Puan Sri Datin Hajjah Wan Nong Binti Haji Wan Ibrahim, as a means for continuing their philanthropic work to help people in need, especially ... Read more

 

Our LHDN Tax Exemption Number

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Contact Us

  • Yayasan EMKAY
    Level 11, Tower 1,
    Mercu Mustapha Kamal,
    No 1 Jalan PJU 8/1,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : +603 7710 7066
  • Fax : +603 7710 5066