Yayasan Emkay

Together we care ...

You are here: Home \ Printing \ Kempen Pakaian Seragam Sekolah
10
May2016

Kempen Pakaian Seragam Sekolah

Tuan/puan adalah dijemput untuk menyumbang bagi kempen "RM50. 1 child. 1 set of uniform". Kempen Pakaian Seragam Sekolah yang sedang dijalankan oleh Yayasan EMKAY ini adalah program kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Untuk pengetahuan, set pakaian seragam sekolah ini dijahit sendiri oleh remaja Orang Asli dari Belum-Temengor, yang menjalani latihan di Pusat Inkubator Jahitan Orang Asli di Gerik, Perak.

Sumbangan set pakaian seragam sekolah ini akan disalurkan kepada murid-murid Orang Asli dari 2 buah sekolah di kawasan Belum-Temengor yang merekodkan pendaftaran seramai 450 orang murid.

Berikut adalah nombor akaun bagi menyalurkan sumbangan dan alamat emel para pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut: 

Maybank : 512204415327 (YAYASAN EMKAY)
# Telefon : 03 7710 7066
# Faks : 03 7710 5066
Alamat emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Mohon bantuan untuk war-war kan kepada rakan sekerja, sahabat handai, rakan taulan serta saudara mara untuk turut sama di dalam program ini.

Penglibatan dan sokongan semua amatlah dihargai.

Terima kasih.

Read 305 times
Rate this item
(0 votes)
Nurhanisah Mohd Mokhtar

Hi,
Be part of our community ... Call us to know more
#yayasanemkay

Mengenai Kami

YAYASAN EMKAY diasaskan pada 12 Januari 2001 dengan matlamat untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik tanpa batasan bangsa dan agama, terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman atau jauh dari arus pembangunan. Selanjutnya

 

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

Our LHDN Tax Exemption Number

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Hubungi Kami

  • Yayasan EMKAY
    Unit 3A-3, 4th Floor,
    Perdana The Place,
    Jalan PJU 8/5G,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : 603 7710 7066
  • Fax : 603 7710 4066