Yayasan Emkay

Together we care ...

You are here: Home \ Printing \ Perpustakaan Permainan i-play di IPG KTAA dirasmikan
20
Aug2015

Perpustakaan Permainan i-play di IPG KTAA dirasmikan

Majlis perasmian Perpustakaan Permainan i-play (PPip) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Sulaiman Wak, Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 18hb Ogos 2015. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Mantan Pengarah Bahagian Sekolah Harian, Ybhg Dato’ Mazlan Mohamad serta Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Hj Abdullah Mohd Yusoff dan juga Timbalan Pengarah IPG KTAA.

PPip terbaru ini telah ditempatkan di bawah jagaan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi di mana ia akan digunakan oleh siswazah pendidik Orang Asli dan siswazah pendidikan pra sekolah. Dalam ucapan beliau, YBhg Dato' Sulaiman Wak merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yayasan EMKAY atas sumbangan yang amat membantu ke arah memartabatkan pendidikan peribumi di Malaysia.

Setelah selesainya majlis perasmian, para jemputan telah dibawa ke PPip untuk majlis menandatangani plak perasmian dan seterusnya diberikan penerangan tentang kemudahan yang terdapat di PPip serta modul dan pengisiannya. Penerangan dilaksanakan oleh Pengurus Besar Yayasan EMKAY, Pn. Hjh Zainon Kasim dan dibantu oleh Pn. Hjh Nornisa Sahid.

The i-play Toy Library at Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan is launched

The i-play Toy Library (also known officially as Perpustakaan Permainan i-play or PPip) at Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) was officiated by YBhg Dato’ Sulaiman Wak, Rector, Teachers’ Training Institute Malaysia (IPG), Ministry of Education Malaysia on the 18th August 2015. Also present at the event was former Director of the School Management Division, Ministry of Education, Dato’ Mazlan Mohamad and the Director of IPGKTAA Hj Abdullah Mohd Yusoff and the Assistant Director.

This new PPip has been placed under the care of the Centre of National Indigenous Pedagogy where it will be utilised by the Indigenous teaching students and pre-school teaching students. In his speech, YBhg Dato’ Sulaiman Wak had thanked Yayasan EMKAY for their eminent contribution towards upholding the education of the indigenous peoples in Malaysia.

After the ceremony, the invitees were taken to the PPip for the signing of the official plaque followed by a briefing on the facilities, modules and the contents of the PPip. The briefing was conducted by Pn. Hjh Zainon Kasim, the General Manager of Yayasan EMKAY and was assisted by Pn. Hjh Nornisa Sahid.

Read 1282 times Last modified on Thursday, 29 December 2016 15:07
Rate this item
(0 votes)
Nurhanisah Mohd Mokhtar

Hi,
Be part of our community ... Call us to know more
#yayasanemkay

Who We Are

YAYASAN EMKAY was established on 12th of January 2001 by its founders, YBhg. Tan Sri Datuk (Dr.) Haji Mustapha Kamal Bin Haji Abu Bakar and his wife, YBhg. Puan Sri Datin Hajjah Wan Nong Binti Haji Wan Ibrahim, as a means for continuing their philanthropic work to help people in need, especially ... Read more

 

Our LHDN Tax Exemption Number

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Contact Us

  • Yayasan EMKAY
    Level 11, Tower 1,
    Mercu Mustapha Kamal,
    No 1 Jalan PJU 8/1,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : +603 7710 6716
  • Fax : +603 7710 5066
  •