Yayasan Emkay

Together we care ...

You are here: Home \ Printing \ Bengkel Transformasi Minda : 'Rhythm & Reflection'
06
Sep2015

Bengkel Transformasi Minda : 'Rhythm & Reflection'

Yayasan EMKAY telah menganjurkan Bengkel Transformasi Minda untuk Peserta Titian SAMARA, Persatuan Al-Hunafa Klang di Bukit Merah Laketown Resort pada 3 – 5 September 2015. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 34 murid-murid tingkatan 2 dari 2 buah sekolah menengah di Pelabuhan Klang, Selangor.

Objektif utama penganjuran program ini adalah sebagai penghargaan atas penglibatan positif murid-murid dalam program Titian SAMARA kelolaan Persatuan Al-Hunafa Klang sepanjang tahun 2015. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menambah keyakinan diri, kepimpinan, semangat kerjasama dan mengajar mereka agar menjadi seorang yang menghormati serta bertanggungjawab. 

Penganjuran program tahun ini dilihat lebih memberi impak di mana pendekatan motivasi diri secara santai, penyerapan nilai-nilai agama serta elemen muzik yang didedahkan memperlihatkan perubahan positif dalam diri murid-murid melalui sesi aktiviti seperti drum circle & R&R, tie-dye, jungle trekking serta sesi motivasi dan kerohanian.

Sebelum Bengkel ini melabuhkan tirainya, peserta program mendendangkan lagu hasil ciptaan mereka dengan bantuan tenaga pengajar serta fasilitator. Wakil dari pihak Persatuan Al-Hunafa Klang, Dr Izzudin Hamzah menyatakan bahawa Bengkel ini adalah antara yang terbaik dari aspek respon dan tindakan murid terhadap pengisian bengkel yang dijalankan.

Yayasan EMKAY organised a mind transformation workshop for the Titian SAMARA participants from the Al-Hunafa association at Bukit Merah Resort from the 3rd – 5th of September 2015. The workshop consisted of 34 form two (2) participants from two secondary schools in Port Klang, Selangor.

The main objective of the workshop was to appreciate the participants for their positive participation in the Titian SAMARA program under the Al-Hunafa association, Klang throughout the year 2015. In addition, the workshop also aimed to increase self-confidence, leadership, teamwork as well as teach the participants respect and responsibility.

This year’s workshop seemed to have had a bigger impact on the participants as the approach was more relaxed, religious values as well as music based elements that were also added through activities such as drum circle & R&R, tie-dye, jungle trekking, motivational and religious talks. These elements are seen to make a more positive change in the participants.

By the end of the program, the participants performed a song that was composed with the help of the facilitators. A representative from Al-Hunafa, Dr. Izzudin said that this was the best workshop held to date based on the response and feedback from the participants towards the content of the workshop.

Bengkel Transformasi Minda RR tie-dye

Bengkel Transformasi Minda RR Participants

Read 514 times
Rate this item
(0 votes)
Nurhanisah Mohd Mokhtar

Hi,
Be part of our community ... Call us to know more
#yayasanemkay

Mengenai Kami

YAYASAN EMKAY diasaskan pada 12 Januari 2001 dengan matlamat untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik tanpa batasan bangsa dan agama, terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman atau jauh dari arus pembangunan. Selanjutnya

 

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

Our LHDN Tax Exemption Number

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Hubungi Kami

  • Yayasan EMKAY
    Unit 3A-3, 4th Floor,
    Perdana The Place,
    Jalan PJU 8/5G,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : +603 7710 7066
  • Fax : +603 7710 5066