Yayasan Emkay

Together we care ...

Mukadimah

Kedatangan 2011 menandakan bermulanya satu dekad baru dalam kehidupan kita. Bagi Yayasan EMKAY, tempoh sepuluh tahun sejak penubuhannya pada tahun 2001 telah dilalui dengan satu kesedaran dan komitmen ke arah memperbaiki mutu kehidupan ahli masyarakat yang memerlukan.

Yayasan EMKAY bertekad untuk memperjuangkan nasib mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya ahli masyarakat yang berada di luar arus pembangunan, serta memelihara dan memulihara alam semulajadi kurniaan Tuhan. Badan yang diwujudkan sebagai wadah untuk beramal dan mensyukuri nikmat Tuhan, Yayasan EMKAY bersama sukarelawannya sentiasa serius dalam usaha amal jariah mereka.

Dengan bermulanya dekad kedua kewujudannya, saya secara peribadi berhasrat untuk memperuntukkan sepenuh masa, tenaga dan kemampuan ke arah usaha-usaha amal ini, terutamanya apabila bersara dari bidang perniagaan kelak. Saya ingin menggalakkan pembabitan semua pihak, untuk menyertai program-program kami kerana penyertaan dalam kerja-kerja amal di antara lain mampu mengekalkan kesihatan mental, fi zikal dan rohani.

Berkat ketekunan, sumbangan masa, tenaga dan pendapat semua, saya yakin kegiatan Yayasan boleh diperluaskan agar lebih ramai ahli masyarakat, terutamanya generasi yang akan dijalankan.

Mukadimah image

Mengenai Kami

YAYASAN EMKAY diasaskan pada 12 Januari 2001 dengan matlamat untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik tanpa batasan bangsa dan agama, terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman atau jauh dari arus pembangunan. Selanjutnya

 

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

Our LHDN Tax Exemption Number

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Hubungi Kami

  • Yayasan EMKAY
    Unit 3A-3, 4th Floor,
    Perdana The Place,
    Jalan PJU 8/5G,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : 603 7710 7066
  • Fax : 603 7710 4066