Yayasan Emkay

Together we care ...

You are here: Home \ Program \ Penjagaan Kesihatan

Bantuan Kesihatan

ymk program4

Sehingga kini, Yayasan EMKAY telah menyumbangkan sebanyak 6 buah Pusat Hemodialisis di beberapa buah negeri di Malaysia. Pusat Haemodialisis pertama ialah Pusat Rawatan Haemodialisis Wan Nong yang terletak di Batu Gajah, Perak. Jumlah sumbangan untuk kos baikpulih bangunan, peralatan dan  kelengkapan pusat rawatan ini ialah RM 1.2 juta. Pusat ini telah mula beroperasi pada Januari 2004.

Pusat Rawatan Haemodialisis Felina merupakan pusat rawatan haemodialisis kedua, dan dinamakan sempena nama anak pertama YBhg Tan Sri Mustapha Kamal. Pusat rawatan yang terletak di Banting, Selangor ini mula beroperasi pada bulan Januari 2005. Yayasan EMKAY telah membelanjakan sebanyak RM 1.3 juta bagi kos baikpulih bangunan, peralatan dan kelengkapan.

Pusat rawatan ketiga pula telah dibina di Alor Star, Kedah Darul Aman. Pusat rawatan ini telah beroperasi pada Mac 2006, dan dibina dengan kos sebanyak RM 1.4 juta untuk bangunan, peralatan dan kelengkapan.

Ketiga-tiga Pusat Rawatan Haemodialisis ini telah mencapai tahap maksimum dari segi bilangan pesakit yang menerima rawatan, di mana seramai 160 orang pesakit kini sedang menerima rawatan di ketiga-tiga pusat haemodialisis ini.

Pada tahun 2010 hingga 2012, Yayasan EMKAY telah menyumbang 3 buah lagi Pusat Rawatan Haemodialisis masing-masing diberi nama Pusat Rawatan Haemodialisis Fazwinna di Sg Petani, Kedah, Pusat Rawatan Haemodialisis Farah Mahami di Sg Merab, Bangi dan Pusat Rawatan Haemodialisis Ahmad Khalif di Bukit Merah, Perak.

Selain itu Yayasan EMKAY juga turut membantu individu yang kurang bernasib baik mendapatkan rawatan kesihatan, terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman dan tidak berkemampuan.

ymk program kesihatan 3ymk program kesihatan 1
ymk program kesihatan 4ymk program kesihatan 5

Mengenai Kami

YAYASAN EMKAY diasaskan pada 12 Januari 2001 dengan matlamat untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik tanpa batasan bangsa dan agama, terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman atau jauh dari arus pembangunan. Selanjutnya

 

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

Our LHDN Tax Exemption Number

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Hubungi Kami

  • Yayasan EMKAY
    Unit 3A-3, 4th Floor,
    Perdana The Place,
    Jalan PJU 8/5G,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : 603 7710 7066
  • Fax : 603 7710 4066