Yayasan Emkay

Together we care ...

Pembangunan Sukan

ymk program3

Bagi tujuan pembangunan sukan, antara sumbangan Yayasan EMKAY termasuklah pembinaan sebuah Kompleks Sukan di Semenchu, Johor yang kos pembangunannya memakan belanja sebanyak RM 1.8juta. Selain dari itu, di bawah kelolaan Program Kecemerlangan Dalam Sukan EMKAY, Yayasan EMKAY telah mendermakan sebanyak RM 200,000 kepada Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) khusus bagi pembangunan sukan golf wanita, dan sumbangan sebanyak RM 135,000 yang disumbangkan kepada Program ‘Ken Barnes Soccer Skills’ yang bertujuan bagi mengasah bakat dalam sukan bola sepak dari akar umbi.

Selain dari itu, sumbangan lain yang telah dibuat adalah dari segi sukan amal. Untuk menjayakan usaha ini, Yayasan EMKAY telah menaja murid-murid yang berpotensi dari rumah-rumah kebajikan seperti dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (Selangor), Kompleks Darul Kifayah (Wilayah Persekutuan), Kompleks Penyayang BAKTI (Wilayah Persekutuan) dan Shelter Home for Children (Selangor) dengan memberikan mereka peluang untuk mempelajari dan menjalani aktiviti-aktiviti sukan yang mereka minati di pusat-pusat sukan terpilih.

Program Kelinik Bolasepak Masyarakat Orang Asli adalah merupakan sebuah program yang berjaya dilaksanakan terutamanya di Desa Temuan, Damansara Perdana, Selangor. Kelinik ini kini mempunyai pasukan bolasepak di bawah 16 tahun seramai 25 pemain dan menunjukkan kemajuan yang membanggakan. Yayasan EMKAY bercadang untuk mengembangkan program Kelinik Bolasepak Masyarakat Orang Asli ini ke Negeri Perak  dan akan menganjur dan menaja pertandingan khusus di kalangan pasukan bola sepak masyarakat orang asli yang bakal bertambah bilangannya.

Program ini diwujudkan khusus untuk mengurangkan kemungkinan remaja orang asli terlibat di dalam aktiviti yang kurang sihat dan juga membuka peluang kepada remaja yang terlibat untuk mengasah bakat dalam arena bolasepak.

Pada tahun 2016, Program Liga Bolasepak Tan Sri Datuk (Dr.) Hj Mustapha Kamal Bawah 12 Tahun diperkenalkan bagi mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, mempromosikan integrasi kaum dan menyumbang ke arah pembangunan dan pencapaian akademik para pelajar. Liga ini telah berlangsung dari 2 Mac hingga 30 April 2016 di NPNG Sports Centre, Damansara Damai, Selangor.

Liga Bolasepak Piala TSMK B12 2016

ymk program sukan 1

ymk program sukan 2

ymk program sukan 3


  

Mengenai Kami

YAYASAN EMKAY diasaskan pada 12 Januari 2001 dengan matlamat untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik tanpa batasan bangsa dan agama, terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman atau jauh dari arus pembangunan. Selanjutnya

 

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

Our LHDN Tax Exemption Number

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Hubungi Kami

  • Yayasan EMKAY
    Unit 3A-3, 4th Floor,
    Perdana The Place,
    Jalan PJU 8/5G,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : +603 7710 7066
  • Fax : +603 7710 5066