Yayasan Emkay

Together we care ...

You are here: Home \ Program \ Pendidikan

Bantuan Pendidikan

ymk program6

Yayasan EMKAY menyedari pentingnya aspek pendidikan bagi membantu masyarakat terutamanya yang tinggal di pendalaman dan di luar arus pembangunan, seperti masyarakat Orang Asli. Pendekatan paling berkesan dalam membantu dalam aspek pendidikan ini adalah melalui pendidikan awal kanak-kanak golongan sasaran ini. Pendekatan terbaik memperkenalkan aspek pendidikan awal kanak-kanak adalah melalui pengenalan elemen ’bermain’ atau ’fun’, bagi menarik minat kanak-kanak untuk hadir ke ”sekolah”. Oleh itu, Yayasan EMKAY telah memperkenalkan Perpustakaan Permainan atau ’Toy Library’ yang mengambilkira naluri kanak-kanak dengan mewujudkan suasana keriangan sambil belajar. Perpustakaan Permainan ini dikenali sebagai ’i-play’.

Pendidikan Awal kanak-Kanak

i) Perpustakaan Permainan (Toy Library)
Antara lain, Perpustakaan i-play yang unik ini ditubuhkan bagi tujuan untuk :-

  • menggalak dan membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran dan perkembangan mereka melalui bermain
  • menerapkan nilai-nilai murni untuk membentuk generasi baru yang lebih seimbang dan sempurna dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani
  • menjana pembangunan awal kanak-kanak.

Setakat ini, sebanyak 34 buah Perpustakaan Permainan ’i-play’ telah dibina di negeri-negeri berikut:-

Bil Negeri Bilangan
1 Perak 10
2 Selangor 6
3 Perlis 4
4 Pulau Pinang 2
5 Kuala Lumpur 2
6 Johor 2
7 Terengganu 2
8 Negeri Sembilan 1
9 Kedah 1
10 Kelantan 1
11 Pahang 1
12 Sabah 1
13 Sarawak 1

Yayasan EMKAY amat menggalakkan penglibatan masyarakat secara ‘holistic’ di mana pusat ini diselia oleh sukarelawan dari badan-badan bukan kerajaan, Persatuan Ibu Bapa & Guru, Rakan Muda, Pertubuhan Remaja, jabatan kerajaan dan agensi-agensi swasta.

Bagi merealisasikan objektif tersebut, setiap komuniti digalakkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja Perpustakaan Permainan i-play yang akan mengurus perpustakaan dan melaksanakan aktiviti bersama kanak-kanak masyarakat setempat.

Satu program latihan juga dilaksanakan di mana latihan pemantapan perantis (apprentice) di kalangan penduduk tempatan dijalankan secara berterusan dan berperingkat. Antara lain program ini memberi latihan kepada perantis untuk menjalankan aktiviti membaca, menulis dan mengira untuk kanak-kanak.
 
ii) i-Learn

Program ini memberi fokus kepada peningkatan tahap kemahiran dan teknik pengurusan dan pengajaran di kalangan pengusaha taska / tadika bagi memastikan agar proses peralihan ilmu pembelajaran diterima baik oleh anak didik masing-masing.

  • Program i-Learn ini dijalankan sebagai menyahut seruan kerajaan untuk membantu aspek pendidikan awal kanak-kanak, ke arah menjana masyarakat berpengetahuan di masa hadapan
  • Ia juga berhasrat membantu pembentukan masyarakat yang berwawasan dari segi rohani dan jasmani, emosi yang seimbang, harmoni, berpegang kepada agama, dan bertaqwa melalui satu pendekatan yang menyeluruh dan sepadu.

Program tajaan Yayasan EMKAY ini juga untuk memberi pendedahan tentang aspek pemilihan bahan atau alat bantuan mengajar awal kanak-kanak dan juga pendedahan tentang pengetahuan mengenai aspek hak kanak-kanak.

iii) Q4Kids

Program ini bertujuan untuk memastikan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti di kalangan pengusaha TASKA dan TADIKA dan setakat ini Yayasan EMKAY telah berjaya menggalakkan pengusaha TASKA/TADIKA supaya berdaftar dengan pihak berwajib dan telah berjaya menyalurkan pendaftaran sebanyak 150 TASKA yang tidak berdaftar di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Di samping itu program-program ke arah meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak di pusat-pusat yang berdaftar dengan cara memberi latihan kemahiran dan membekalkan sumber-sumber pengajaran yang berkualiti, juga diberi penekanan.
 
Objektif-objektif di atas adalah berpandukan kepada Falsafah Program yang selaras dengan slogan United Nations (UN) iaitu “Declaration of the Children’s Rights Convention” yang mana, menurut falsafah ini secara dasarnya, kanak-kanak memerlukan pendedahan tentang alam sekitar dan keadaan sekeliling mereka melalui pengalaman mereka ketika bermain. Bagi melaksanakan program pendidikan dan pembangunan awal kanak-kanak ini, Yayasan EMKAY telah melantik subuah syarikat bumiputra yang mengkhusus dan mempunyai kepakaran di dalam bidang ini iaitu Syarikat Educate To Learn Sdn Bhd (e2L) yang beribu pejabat di Petaling Jaya.

Pusat Asuhan Kanak-Kanak Chow Kit

Pusat Asuhan Kanak-Kanak Chow Kit (PAKK) ialah satu program percubaan ke arah kesukarelawanan, di mana satu pusat khidmat bantuan masyarakat, pusat asuhan harian atau ‘tempat berteduh’ khas bagi membantu kanak-kanak di kawasan Chow Kit, telah ditubuhkan.

PAKK dilihat sebagai suatu bentuk program bantuan dari segi pendidikan yang boleh mengubah tatacara dan masa depan kanak-kanak di Chow Kit ini. Bagi menjayakan usaha murni ini, Yayasan EMKAY telah dijemput bagi merealisasikan matlamat program ini. Yayasan EMKAY turut menyumbang sebuah van untuk kegunaan PAKK.

ymk program pendidikan 2 ymk program pendidikan 4 ymk program pendidikan 1 ymk program pendidikan 3

Mengenai Kami

YAYASAN EMKAY diasaskan pada 12 Januari 2001 dengan matlamat untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik tanpa batasan bangsa dan agama, terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman atau jauh dari arus pembangunan. Selanjutnya

 

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

Our LHDN Tax Exemption Number

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Hubungi Kami

  • Yayasan EMKAY
    Unit 3A-3, 4th Floor,
    Perdana The Place,
    Jalan PJU 8/5G,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : +603 7710 7066
  • Fax : +603 7710 5066