Yayasan Emkay

Together we care ...

Program Kemajuan Kemasyarakatan

ymk program1

Program Kampung Angkat Kampung Selamat telah dimulakan pada 4 Mei 1995 dan berpegang kepada falsafah “Beri ikan hanya akan dapat bertahan sehari, sebaliknya kalau kita berikan kemahiran memancing, mereka akan dapat hidup secara berterusan”, iaitu pengwujudan satu program yang ’sustainable’.

Bagi menjayakan hasrat ini, maka satu Program Pembangunan Pendidikan Kampung Selamat yang merupakan satu eleman terpenting di dalam menggerakkan minda ke arah kemajuan telah dilancarkan pada 3 Januari 1996.

Melalui Program Pembangunan Pendidikan bagi Kampung Selamat ini satu program kelas bimbingan pendidikan berkualiti dan sistematik setaraf dengan kelas bimbingan pendidikan yang terdapat di bandar telah disediakan. Di samping itu pelbagai pendekatan yang bersifat holistik telah pun dijalankan seperti mengadakan siri ceramah motivasi, lawatan sambil belajar, projek anak angkat (yang telah dijalankan sebanyak 8 kali) dan pelbagai program sokongan lain yang menjurus kepada kemajuan pembelajaran anak-anak.

Kini ternyata program ini telah mencapai matlamatnya di Kampung Selamat di mana dalam tempoh 14 tahun (1996 – 2010) pencapaian akademik murid menunjukkan peningkatan yang menggalakkan.

Sepanjang Program Pendidikan Yayasan EMKAY dilaksanakan, iaitu dari tahun 1996 hingga 2009, ibubapa telah menyedari bahawa pelajaran merupakan wadah untuk mengubah nasib seseorang. Berbanding dengan pencapaian pelajaran murid-murid Kampung Selamat 40 tahun yang dahulu (1955 – 1995), perbezaannya adalah amat ketara sekali. Di antara pencapaian yang telah dikecapi sepanjang 14 tahun (1996 – 2009) selepas pelaksanaan program ini keputusan peperiksaan telah menunjukkan keputusan yang membanggakan sehingga Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat dinobatkan sebagai antara sekolah berprestasi terbaik di Daerah Kerian dan Negeri Perak.

Prestasi keputusan peperiksaan UPSR telah menunjukkan peningkatan iaitu 83.3% (tahun 2002), 87.5% (tahun 2003), 90.9% (tahun 2004) dan telah dianugerahkan BINTANG AKADEMIK pada 2003, oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

Pada tahun 2006 di atas lonjakan pencapaian 5A peperiksaan UPSR bagi sekolah dengan bilangan murid kurang dari 50 orang, sekolah ini telah dianugerahkan Tempat Pertama oleh Pejabat Pendidikan Kerian. Selain itu, ramai anak-anak telah berjaya menempatkan kaki ke sekolah berasrama dan seorang telah berjaya menempatkan kaki ke sekolah berasrama dan seorang telah berjaya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Menengah Sains Tun Azlan Shah. Kini ramai yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringakat pengajian tinggi dan seorang berjaya melanjutkan pelajaran ke Kanada.
 
Program Kemasyarakatan dan Pendidikan Untuk Perkampungan Orang Asli, Di Kawasan Hutan Belum-Temengor, Hulu Perak

Program ini memerlukan peruntukan sebanyak RM800,000.00 setahun dan antara lain objektif bagi mewujudkan Perpustakaan Permainan i-play di perkampungan Orang Asli. Sasaran Yayasan EMKAY adalah menubuhkan 3 buah perpustakaan setiap tahun bagi tempoh lima tahun bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran untuk kanak-kanak Orang Asli di bawah umur 8 tahun. Ia juga bertujuan melatih perantis (apprentice) di kalangan Orang Asli untuk menjalankan aktiviti pembelajaran ini. Program ini juga merancang program seni dan sukan untuk remaja dan mewujudkan Kumpulan Untuk Kaum Ibu (KUKI) atau Mother’s Playgroup

Yayasan EMKAY selaku penaja akan memberi bantuan dana bagi tujuan membiayai perbelanjaan untuk latihan, logistik, perabot dan peralatan, penyelidikan dan kajian serta pengangkutan. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Hulu Perak juga memainkan peranan utama selaku badan yang menyelaras urusan seperti memberi makluman, taklimat dan mengenalpasti kampung yang akan mengikuti program ini.  JHEOA juga akan menjadi tempat rujukan serta membantu memantau keberkensanan program sepanjang lima tahun ini.
ymk program masyarakat 1ymk program masyarakat 3ymk program masyarakat 4ymk program masyarakat 6

Mengenai Kami

YAYASAN EMKAY diasaskan pada 12 Januari 2001 dengan matlamat untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik tanpa batasan bangsa dan agama, terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman atau jauh dari arus pembangunan. Selanjutnya

 

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

Our LHDN Tax Exemption Number

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Hubungi Kami

  • Yayasan EMKAY
    Unit 3A-3, 4th Floor,
    Perdana The Place,
    Jalan PJU 8/5G,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : 603 7710 7066
  • Fax : 603 7710 4066