Yayasan Emkay

Together we care ...

You are here: Home \ Program \ Kegiatan Keagamaan

Kegiatan Keagamaan

ymk program5


Sebanyak 3 buah surau yang dinamakan Surau Farah Mahami di Kuala Kubu Baru (Selangor), Surau Ahmad Khalif di Klebang Putra (Perak) dan Surau Fazwinna di Sungai Buloh (Selangor) telah dibina oleh Yayasan EMKAY dalam kategori Bantuan Keagamaan.

Selain dari itu, bantuan dan sumbangan 3 buah van jenazah telah didermakan kepada Masjid Sungai Tua, Semanggol (Perak), Masjid Abu Bakar Ali Bashah di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung (Selangor) dan Masjid As-Syarif di Banting (Selangor). Pada tahun 2015 dan 2016, Yayasan EMKAY menyumbang 3 buah van jenazah kepada Surau Maui'dzatil Hasanah, Simpang Empat, Masjid Alor Madi, Alor Setar dan Surau Perdana, Damansara Perdana.

Yayasan EMKAY juga telah menyumbang sebanyak RM 250,000 untuk Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia bagi tujuan pembelian selimut dan bantal untuk jemaah-jemaah Haji Malaysia. Manakala kepada Lembaga Tabung Haji, sebuah ambulan telah disumbangkan dengan kos sebanyak RM 95,000 untuk kegunaan jemaah haji di tanah suci. Pelbagai sumbangan dan sokongan telah dilaksanakan oleh Yayasan EMKAY seperti penajaan pakej umrah di kalangan pekerja dan orang awam.

ymk program agama 1ymk program agama 2ymk program agama 3Optimized-van jenazah surau perdana 01 2

 

Mengenai Kami

YAYASAN EMKAY diasaskan pada 12 Januari 2001 dengan matlamat untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik tanpa batasan bangsa dan agama, terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman atau jauh dari arus pembangunan. Selanjutnya

 

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

Our LHDN Tax Exemption Number

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Hubungi Kami

  • Yayasan EMKAY
    Unit 3A-3, 4th Floor,
    Perdana The Place,
    Jalan PJU 8/5G,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : +603 7710 7066
  • Fax : +603 7710 5066