Yayasan Emkay

Together we care ...

You are here: Home \ Program

Perlindungan Alam Sekitar

testtrial-image 1

BANTUAN ALAM SEKITAR

Yayasan EMKAY telah menderma sebanyak RM 2 juta bagi membina sebuah pusat penyelidikan, Pulau Banding Rainforest Research Center, di Pulau Banding, Gerik, Perak untuk kegunaan badan-badan bukan kerajaan dan penyelidik-penyelidik dari dalam dan dari luar negara untuk membuat penyelidikan tentang hutan tropika Negara kita, khususnya di kawasan Hutan Belum-Temengor.

Kawasan Hutan Belum-Temengor adalah khazanah Malaysia yang perlu dilindungi kerana di dalamnya mungkin terkandung penawar kepada penyakit-penyakit yang masih tidak ditemui ubatnya. Ianya juga merupakan khazanah untuk dinikmati oleh generasi masa hadapan serta membuka peluang kepada penyelidikan yang berterusan.

Seiring dengan itu, Yayasan EMKAY juga menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat sekitar termasuk Orang Asli yang hidup di dalam kawasan hutan ini supaya mereka berpeluang mendapatkan mata pencarian secara berterusan.

Buat masa ini, Yayasan EMKAY sedang menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan spesies-spesies ikan yang diancam kepupusan di kawasan Tasik Temengor, dengan Unisains Holdings, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, dengan jumlah pembiyaan peruntukan sebanyak RM 126,000. Usaha ini bertujuan untuk mengekal dan menambahbiak spesies seperti Kelah Merah, Temoleh, Hangus Ekor dan Tenggala yang turut menjamin sumber pendapatan kepda masyarakat Orang Asli yang tinggal di sekitar Belum-Temengor.

ymk program alam 1ymk program alam 2ymk program alam 3ymk program alam 4ymk program alam 5
  

Mengenai Kami

YAYASAN EMKAY diasaskan pada 12 Januari 2001 dengan matlamat untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik tanpa batasan bangsa dan agama, terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman atau jauh dari arus pembangunan. Selanjutnya

 

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

Our LHDN Tax Exemption Number

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Hubungi Kami

  • Yayasan EMKAY
    Unit 3A-3, 4th Floor,
    Perdana The Place,
    Jalan PJU 8/5G,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : 603 7710 7066
  • Fax : 603 7710 4066