Yayasan Emkay

Together we care ...

Calendar of Activities / Programmes

04
Oct2010

Sebanyak 33 set Al-Quran Braille yang ditaja penerbitannya oleh Yayasan EMKAY telah diserahkan kepada para pelatih Pusat Latihan Brickfields pada 1 Oktober 2010 yang lalu. Projek menghasilkan Al-Quran Braille ini telah diterajui oleh Encik Mah Hassan bin Omar, Presiden Persatuan Braille Malaysia demi untuk memberi kemudahan kepada mereka yang cacat penglihatan.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:48
04
Oct2010

Di atas kesedaran akan keperitan dan kepayahan yang dilalui oleh penduduk Gaza, Yayasan EMKAY telah menghulurkan sumbangan, sebagai menyokong usaha pihak Media Prima Berhad untuk menghasilkan program “Bersamamu Bebaskan Bumi Gaza”.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:54
04
Oct2010

Sejumlah RM500,000.00 telah disumbangkan kepada pihak Media Prima Berhad bagi tujuan penajaan satu lagi penerbitan program keilmuwan yang bakal disiarkan oleh TV3 pada tahun 2011.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:47
04
Jul2010

Yayasan EMKAY amat bersyukur kerana dapat meningkatkan kemudahan di Surau Kg Sg Raba, RPS Banun, Gerik, Perak yang tentunya dapat meningkatkan ketaqwaan masyarakat Orang Asli di sini.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:48
04
Jul2010

Tanggal 10-14 Mei 2010 yang lalu, seramai 25 orang pemuda masyarakat Orang Asli Lembah Belum dari 5 perkampungan di Royal Belum, Gerik, Perak telah disatukan melalui program lima tahun “SAYA  BOLEH” anjuran Yayasan EMKAY. Program yang dirangka meliputi segala aspek sosio dan pembelajaran ini telah memilih remaja-remaja khusus untuk sukan bolasepak.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:49
04
Jul2010

Di setiap Perpustakaan Permainan i-play yang ditubuhkan oleh Yayasan EMKAY, ‘guru-guru pelatih’ telah dilantik dari kalangan masyarakat setempat untuk mengendalikan pengurusan perpustakaan di samping melaksanakan program bagi kanak-kanak di perpustakaan tersebut.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:41
04
Jul2010

Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) Chow Kit ialah satu program ke arah kesukarelawanan, di mana satu pusat khidmat bantuan masyarakat, pusat asuhan harian atau ‘tempat berteduh’ diwujudkan khas bagi membantu kanak-kanak di kawasan Chow Kit.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:40
04
Jul2010

Yayasan EMKAY amat menyokong usaha-usaha yang dijalankan oleh Badan Amal dan Usaha Isteri (Barisan Nasional) Negeri Perak (BAIDURI), terutamanya di dalam membantu golongan kurang bernasib baik, termasuk Orang Kurang Upaya (OKU).

Last modified on Thursday, 13 December 2012 16:55
05
Apr2010

Felda Bersia merupakan penerima seterusnya perpustakaan permainan sumbangan Yayasan EMKAY. Perpustakaan yang dilengkapi dengan program pembelajaran yang lebih menumpukan kepada naluri kanak-kanak iaitu belajar sambil bermain.

 

Last modified on Thursday, 13 December 2012 17:34
05
Apr2010

YABhg Tun Abdullah Hj Badawi dan YABhg Tun Jeanne Abdullah telah berkunjung ke Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Gerik, Perak bersama-sama dengan Landskap Malaysia, sebuah pertubuhan landskap untuk meninjau keaslian, keindahan dan kekayaan bio Hutan Hujan Belum-Temengor yang seluas 300,000 hektar dan berusia 130 juta tahun itu.

Last modified on Thursday, 13 December 2012 17:31

Who We Are

YAYASAN EMKAY was established on 12th of January 2001 by its founders, YBhg. Tan Sri Datuk (Dr.) Haji Mustapha Kamal Bin Haji Abu Bakar and his wife, YBhg. Puan Sri Datin Hajjah Wan Nong Binti Haji Wan Ibrahim, as a means for continuing their philanthropic work to help people in need, especially ... Read more

 

Our LHDN Tax Exemption Number

No. Rujukan Pengecualian Cukai kami

LHDN .01/35/42.51/179-6.5154

Contact Us

  • Yayasan EMKAY
    Level 11, Tower 1,
    Mercu Mustapha Kamal,
    No 1 Jalan PJU 8/1,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : +603 7722 3830
  • Fax : +603 7710 6716
  •